Sunday 21 December 2014

Jualan Barangan Terpakai Berkualiti Penghujung Tahun 2014

Dah lama xpost kat blog ni...
Alhamdulillah semakin hari semakin sibuk dengan tempahan dan jualan harian...
sampai kekadang rasa kedai kosong sebab barang dah jual dan xsempat nak isi stok baru...
Buat masa ni ada beberapa barang baru sampai yang sangat cantik dan menarik untuk dimiliki...



Yang ni meja makan 6 Kerusi...Glass Top (Tempered)...cume berhabuk je...condition tip top...




Sofa 3+2..Condition Tip Top...Frame Kayu kaler hitam...Kusyen Coklat sarung boleh cuci




Sofa Bed Baldu kaler coklat...boleh jadi katil...bahagian bawah ada ruang simpan barang




Meja Study

Banyak Lagi barang-barang yang boleh dipilih di kedai kami...kalau ada masa lapang boleh kunjungi kedai kami untuk cuci mata...tapi kalau kekurangan masa untuk pergi boleh juga like page kami di facebook;


atau 


Lokasi Kedai Kami adalah di ;

No. 14, Jalan Sri Perkasa 2/1, Taman Tampoi Utama, 
81200 Johor Bahru, Johor

017-3754787 / 012-7773466



Saturday 6 December 2014

Stok Sedia Ada

Sesiapa yg berminat boleh contact atau like kat fb kami...call 0173754787 atau 0127773466...byk lagi brg2 berkualiti pd harga terbaik untuk dimiliki...

Sunday 16 November 2014

Pakcik Salleh Buka Kedai

Alhamdulillah...seorang lagi usahawan telah berjaya memulakan perniagaan...kali ni kedai pakcik Salleh plak...
Untuk sesiapa yang ada kat kawasan bandar tenggara...boleh berkunjung ke kedai beliau di Dewan Serbaguna Penggeli Timur...Untuk permulaan beliau telah mendapatkan bekalan dari kami dan minggu lepas isnin lepas, 13 November 2014...dengan muatan hampir 2 lori 17 kaki...beliau akan memulakan perniagaan perabot terpakai ini...semoga beliau berjaya dan seterusnya dapat memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat dikawasan sekitar....
Bagi sesiapa yang berminat untuk menceburi bidang ini boleh hubungi kami di talian 0173754787 atau 0127773466...

Boleh juga like page kami
https://m.facebook.com/ZasEquipmentServices

Saturday 25 October 2014

Penghantaran

Biasanya ahad waktu bersama keluarga...tapi kami gunakan sikit waktu yang ada untuk buat penghantaran...untuk pembeli yang membeli barangan kami jangan risau tentang penghantaran...sekitar jb penghantaran percuma...kalau jauh masih lagi ada penghantaran namun dikenakan caj yang berpatutan...

SALAM MAAL HIJRAH DARI KAMI...

Perniagaan Barangan Terpakai

Perniagaan ni memang tak glamour...kalau kat Johor ni...orang mesti ingat rengit...kalau sebut rengit je memang sinonim dengan syurga barangan terpakai...
Tapi sekarang dah lain...perniagaan berasaskan barangan terpakai dah mula jadi pilihan masyarakat...
Mungkin pada setengah orang barang terpakai cuma bekas orang je...tapi pada yg pandai menilai...mungkin tak sama pandangan...ada ketikanya barang yang digelar secondhand ni lebih berkualiti dan lebih bernilai...

Satu masa dulu, barang terpakai seakan tidak bernilai...kemudian muncul pula bundle...lebih kepada pakain terpakai yang dijual pada harga lebih murah...maklumla...secondhand kan...tapi lama kelamaan bundle pakaian berjenama mula mendapat perhatian...kalau nak pakai yang branded tapi bajet xberapa nak branded...bundle tentu jadi pilihan...maka muncul pula usahawan bundle...

Tapi bagi kami biarlah rezeki masing-masing yang usahakan...janji halal...untuk kami pula, perniagaan barangan terpakai khususnya perabot dan barangan elektrik lebih menjadi pilihan...bukan apa...memang berat sikit, modal pun besar sikit nak banding ngan bundle baju, tapi senang nak kira...xperlu rajin sangat kira stok sebab barang2 semua besar2...

Bagi yang berminat untuk cuba bisnes ni...kami sedia membantu...modal anda sendiri, barang2 kami tolong cari...Insyaallah kalau ada usaha pasti akan berjaya...prinsip perniagaan kami mudah, rezeki masing2 jadi tak perlu nak ada iri hati...biarlah kita sama-sama naik...

Kami juga sedia memberikan bantuan bukan sahaja dari segi bekalan barangan tetapi juga khidmat nasihat dan bantuan promosi selain berkongsi idea untuk meningkatkan jualan masing2...perkara paling penting untuk memulakan perniagaan ini bukanlah hanya pada modal, tetapi juga kesungguhan selain kena buat sikit kajian tentang pasaran semasa, permintaan setempatk, taraf hidup kawasan tersebut selain persediaan mental dan fizikal...semua itu kami akan bantu...

Masyarakat sekarang makin malas...jadi sebagai peniaga kita yang kena rajin...percaya atau tidak...perniagaan kami yang bertahan hampir 5 tahun ini disebabkan prinsip tersebut...nak kata buka kedai on time...jauh sekali...apa lagi nak buka tiap2 hari...kalau buka pun xpernah buka pintu habis...mesti buka separuh je...rahsianya...kekuatan promosi dan publisiti online...facebook, mudah.my, blog...macam-macam lagi...sebut je...semua kami gunakan...kena WORK SMART...


Friday 24 October 2014

Salam Maal Hijrah

Jangan lupa baca doa akhir tahun sebelum maghrib ni...pastu doa awal tahun lepas maghrib..semoga kehadiran tahun baru ni akan memberikan lebih kebahagiaan, dimurahkan rezeki dan dikuatkan iman kita...

Garden Table

Garden table menarik simple tapi cantik...sesuai utk rumah moden atau ada taman...
Rehat2 petang sambil minum kopi...sangat heaven dengan set meja taman mcm ni...special made...limited design combination...

Thursday 23 October 2014

Perkhidmatan Pindah Rumah Malaysia-Singapore-Malaysia

Selain menjual barangan terpakai berkualiti dari Singapura...kami juga menjalankan perniagaan pengangkutan di bawah label EZ Mover Transport And Forwarding...
Kami menyediakan perkhidmatan pengangkutan barang2 dan pindah rumah atau pejabat antara Malaysia-Singapura ataupun perkhidmatan pindah domestik diseluruh Malaysia...

Kami bersedia memenuhi kehendak anda serta menyediakan perkhidmatan yang profesional antaranya pengangkutan,manpower,khidmat buka pasang perabot dan packaging untuk proses perpindahan...

Sekiranya berminat boleh berhubung dengan kami di talian ;
+6012-7773466 / +65 98672701 (Zamri)
+6017-7977900 / +65 97167471 (Hanapi)

Wednesday 22 October 2014

Kerja overtime

Orang lain cuti deepavali...tapi kami tetap kerja...huhu...macam ni la cari rezeki...time orang cuti ramai sikit singgah kedai...

Hari ni siapkan katil customer...pengantin baru xlama lagi...so katil kena cantik2 skit...baru meriah...

Tuesday 21 October 2014

BELI LEBIH JIMAT LEBIH

Lokasi Kedai Kami

Kepada sesiapa yang berminat nak cari barangan terpakai atau nak penuhkan rumah sewa mahupun homestay...inilah tempatnya...jangan malu jangan segan...boleh call dulu sebelum datang...0173754787 azhan

ALAMAT KAMI;

NO. 14, JALAN SRI PERKASA 2/1,
TAMAN TAMPOI UTAMA, JOHOR BAHRU