Saturday, 25 October 2014

Perniagaan Barangan Terpakai

Perniagaan ni memang tak glamour...kalau kat Johor ni...orang mesti ingat rengit...kalau sebut rengit je memang sinonim dengan syurga barangan terpakai...
Tapi sekarang dah lain...perniagaan berasaskan barangan terpakai dah mula jadi pilihan masyarakat...
Mungkin pada setengah orang barang terpakai cuma bekas orang je...tapi pada yg pandai menilai...mungkin tak sama pandangan...ada ketikanya barang yang digelar secondhand ni lebih berkualiti dan lebih bernilai...

Satu masa dulu, barang terpakai seakan tidak bernilai...kemudian muncul pula bundle...lebih kepada pakain terpakai yang dijual pada harga lebih murah...maklumla...secondhand kan...tapi lama kelamaan bundle pakaian berjenama mula mendapat perhatian...kalau nak pakai yang branded tapi bajet xberapa nak branded...bundle tentu jadi pilihan...maka muncul pula usahawan bundle...

Tapi bagi kami biarlah rezeki masing-masing yang usahakan...janji halal...untuk kami pula, perniagaan barangan terpakai khususnya perabot dan barangan elektrik lebih menjadi pilihan...bukan apa...memang berat sikit, modal pun besar sikit nak banding ngan bundle baju, tapi senang nak kira...xperlu rajin sangat kira stok sebab barang2 semua besar2...

Bagi yang berminat untuk cuba bisnes ni...kami sedia membantu...modal anda sendiri, barang2 kami tolong cari...Insyaallah kalau ada usaha pasti akan berjaya...prinsip perniagaan kami mudah, rezeki masing2 jadi tak perlu nak ada iri hati...biarlah kita sama-sama naik...

Kami juga sedia memberikan bantuan bukan sahaja dari segi bekalan barangan tetapi juga khidmat nasihat dan bantuan promosi selain berkongsi idea untuk meningkatkan jualan masing2...perkara paling penting untuk memulakan perniagaan ini bukanlah hanya pada modal, tetapi juga kesungguhan selain kena buat sikit kajian tentang pasaran semasa, permintaan setempatk, taraf hidup kawasan tersebut selain persediaan mental dan fizikal...semua itu kami akan bantu...

Masyarakat sekarang makin malas...jadi sebagai peniaga kita yang kena rajin...percaya atau tidak...perniagaan kami yang bertahan hampir 5 tahun ini disebabkan prinsip tersebut...nak kata buka kedai on time...jauh sekali...apa lagi nak buka tiap2 hari...kalau buka pun xpernah buka pintu habis...mesti buka separuh je...rahsianya...kekuatan promosi dan publisiti online...facebook, mudah.my, blog...macam-macam lagi...sebut je...semua kami gunakan...kena WORK SMART...


No comments:

Post a Comment