Saturday 25 October 2014

Penghantaran

Biasanya ahad waktu bersama keluarga...tapi kami gunakan sikit waktu yang ada untuk buat penghantaran...untuk pembeli yang membeli barangan kami jangan risau tentang penghantaran...sekitar jb penghantaran percuma...kalau jauh masih lagi ada penghantaran namun dikenakan caj yang berpatutan...

SALAM MAAL HIJRAH DARI KAMI...

Perniagaan Barangan Terpakai

Perniagaan ni memang tak glamour...kalau kat Johor ni...orang mesti ingat rengit...kalau sebut rengit je memang sinonim dengan syurga barangan terpakai...
Tapi sekarang dah lain...perniagaan berasaskan barangan terpakai dah mula jadi pilihan masyarakat...
Mungkin pada setengah orang barang terpakai cuma bekas orang je...tapi pada yg pandai menilai...mungkin tak sama pandangan...ada ketikanya barang yang digelar secondhand ni lebih berkualiti dan lebih bernilai...

Satu masa dulu, barang terpakai seakan tidak bernilai...kemudian muncul pula bundle...lebih kepada pakain terpakai yang dijual pada harga lebih murah...maklumla...secondhand kan...tapi lama kelamaan bundle pakaian berjenama mula mendapat perhatian...kalau nak pakai yang branded tapi bajet xberapa nak branded...bundle tentu jadi pilihan...maka muncul pula usahawan bundle...

Tapi bagi kami biarlah rezeki masing-masing yang usahakan...janji halal...untuk kami pula, perniagaan barangan terpakai khususnya perabot dan barangan elektrik lebih menjadi pilihan...bukan apa...memang berat sikit, modal pun besar sikit nak banding ngan bundle baju, tapi senang nak kira...xperlu rajin sangat kira stok sebab barang2 semua besar2...

Bagi yang berminat untuk cuba bisnes ni...kami sedia membantu...modal anda sendiri, barang2 kami tolong cari...Insyaallah kalau ada usaha pasti akan berjaya...prinsip perniagaan kami mudah, rezeki masing2 jadi tak perlu nak ada iri hati...biarlah kita sama-sama naik...

Kami juga sedia memberikan bantuan bukan sahaja dari segi bekalan barangan tetapi juga khidmat nasihat dan bantuan promosi selain berkongsi idea untuk meningkatkan jualan masing2...perkara paling penting untuk memulakan perniagaan ini bukanlah hanya pada modal, tetapi juga kesungguhan selain kena buat sikit kajian tentang pasaran semasa, permintaan setempatk, taraf hidup kawasan tersebut selain persediaan mental dan fizikal...semua itu kami akan bantu...

Masyarakat sekarang makin malas...jadi sebagai peniaga kita yang kena rajin...percaya atau tidak...perniagaan kami yang bertahan hampir 5 tahun ini disebabkan prinsip tersebut...nak kata buka kedai on time...jauh sekali...apa lagi nak buka tiap2 hari...kalau buka pun xpernah buka pintu habis...mesti buka separuh je...rahsianya...kekuatan promosi dan publisiti online...facebook, mudah.my, blog...macam-macam lagi...sebut je...semua kami gunakan...kena WORK SMART...


Friday 24 October 2014

Salam Maal Hijrah

Jangan lupa baca doa akhir tahun sebelum maghrib ni...pastu doa awal tahun lepas maghrib..semoga kehadiran tahun baru ni akan memberikan lebih kebahagiaan, dimurahkan rezeki dan dikuatkan iman kita...

Garden Table

Garden table menarik simple tapi cantik...sesuai utk rumah moden atau ada taman...
Rehat2 petang sambil minum kopi...sangat heaven dengan set meja taman mcm ni...special made...limited design combination...

Thursday 23 October 2014

Perkhidmatan Pindah Rumah Malaysia-Singapore-Malaysia

Selain menjual barangan terpakai berkualiti dari Singapura...kami juga menjalankan perniagaan pengangkutan di bawah label EZ Mover Transport And Forwarding...
Kami menyediakan perkhidmatan pengangkutan barang2 dan pindah rumah atau pejabat antara Malaysia-Singapura ataupun perkhidmatan pindah domestik diseluruh Malaysia...

Kami bersedia memenuhi kehendak anda serta menyediakan perkhidmatan yang profesional antaranya pengangkutan,manpower,khidmat buka pasang perabot dan packaging untuk proses perpindahan...

Sekiranya berminat boleh berhubung dengan kami di talian ;
+6012-7773466 / +65 98672701 (Zamri)
+6017-7977900 / +65 97167471 (Hanapi)

Wednesday 22 October 2014

Kerja overtime

Orang lain cuti deepavali...tapi kami tetap kerja...huhu...macam ni la cari rezeki...time orang cuti ramai sikit singgah kedai...

Hari ni siapkan katil customer...pengantin baru xlama lagi...so katil kena cantik2 skit...baru meriah...

Tuesday 21 October 2014

BELI LEBIH JIMAT LEBIH

Lokasi Kedai Kami

Kepada sesiapa yang berminat nak cari barangan terpakai atau nak penuhkan rumah sewa mahupun homestay...inilah tempatnya...jangan malu jangan segan...boleh call dulu sebelum datang...0173754787 azhan

ALAMAT KAMI;

NO. 14, JALAN SRI PERKASA 2/1,
TAMAN TAMPOI UTAMA, JOHOR BAHRU

Promosi Musim Perayaan

Berminat boleh hubungi kami segera...
barang ready stok...ada kat kedai...boleh datang tengok dulu...
www.facebook.com/ZasEquipmentServices

Monday 20 October 2014

Pakej Terkini

Pakej Terkini dari kami.....kepada yang nak tengok dan nak tau lebih lanjut mengenai barangan yang kami jual serta promosi-promosi lain...boleh like page kami di facebook...blh pm terus kat situ...

www.facebook.com/ZasEquipmentServices

Salam Perkenalan

Salam Sejahtera...akhirnya...sesudah berkurun lamanya...maka terciptalah blog untuk perniagaan kami ini...memandangkan kuasa pembeli yang semakin luas dan senario masyarakat yang semakin mudah membeli atas talian, maka perniagaan kami juga lebih banyak tertumpu kepada jualan online...adalah diharapkan melalui blog ini, perniagaan kami akan bertambah maju dan melangkah setapak kehadapan....

Secara asasnya, syarikat kami...ZAS Equipment & Services telah ditubuhkan hampir 5 Tahun dengan fokus kepada perniagaan dan pembekalan barangan terpakai termasuk perabot, barangan elektrik dan elektronik serta aksesori dari Singapura...
Kami bukan sahaja menjual melalui pelbagai medium atas talian seperti facebook,mudah.my,majalah.com,lelong.my dan sebagainya...tetapi kami juga memberikan perkhidmatan membekal barangan terpakai secara pukal untuk usahawan barangan terpakai dari seluruh Malaysia...

Sekiranya berminat...boleh hubungi kami di Talian 017-3754787 (azhan) atau 012-7773466 (zamri)

Sekian...
Salam Perkenalan...